Selamat Datang di Zon Kaki Skodeng.Selamat Menyekodeng :)

Sunday, November 1, 2015

DAGING MASAK HITAM KAMPUNG STYLE

Assalamualaikum syg.

Harini aku nak belanja resepi. Sebab bosan tak ada idea. Korang bole try la lelebih lagi pada awak-awak yang newbie sangat kt dapur tu. Sampai pegang sudip pun tercampak-campak. Ni haa aku bagi resepi tak berapa nk ringkas tp bahan murah,senang dapat,dan result sedap baq ang.



Daging masak hitam kampung style (durasi masa 50mnt je)

•1/2kg daging (dihiris lebar nipis)
•Sekeping asam keping
•1/2cup cili kisar
•1cup santan/200g santan kotak
•1/2cup gula merah/brown sugar
•1cup kecil kicap pekat/cair
•Garam secukup rasa
•3tangkai cili hidup belah dua
•2sb kerisik
•Sebatang kayu manis
•2kuntum bunga lawang *takde pun takpe*

Bahan blend:
•sebiji bawang besar
•5ulas bawang putih
•1/2inch halia
•1btg serai

Bahan sangai:
•1sb biji ketumbar
•1sb lada hitam
•1sb jintan manis
•1sk jintan putih
**sangai ni goreng dlm kuali tanpa minyak pastu tumbuk halus. Tak brp halus pun takpe**

Cara memasak:

1. Gunakn sedikit minyak utk tumis bahan blend. Tumis sampai garing. Campak bunga lawang dan kayu manis.

2. Masuk cili kisar dan tumis pecah minyak.

3. Then masuk daging,asam keping,kicap. Didihkn sampai daging empuk dan air kering sikit. (25minit/+)

4. Buh bahan sangai dan gula merah. Godek2 skjp,tambahkn santan. Gaul sebati,biarkn daging kering sikit dlm 20minit (bergantung la)kacau supaya tak hangit.

5. Campak kerisik dan cili hidup. Kacau,tambah garam secukup rasa. Masak dlm 10mnt,siap!

♥lain org lain cara. Ini cara aku la..#resepiakukauyangpanas
♥pada folowers tegar guwa (ada ke),sorry la aku tak dapat nk blogwalking. Tegur2 kt sini je la eh. Nanti guwa balas. InsyaAllah


No comments:

 

Copyright © 2013 | AbangStalker | Design by Cik Bulat