Selamat Datang di Zon Kaki Skodeng.Selamat Menyekodeng :)

Friday, March 21, 2014

Mysterious Identities

Assalamualaikum wbt.

ok,citenya camni. Ada yg tanya abg,apsal tak tunjuk identiti. most of abg punya entri takde langsung tepek muka abg. perlu ke? -.- sebenaunya korg yg tanya tu da terlewat hampir sedekad :)) ada je sebelum ni..sape suruh lambat,abg buang le. Yg da kenal plk tanya,kenapa tebiat abg lain gila kt blog.

Kenapa  berahsia nau?


1. Sebab abg rasa insecure kalau main tepek2 gambau ni. buatnya ada sindiket jual beli org ke. mampus abg kena jual dek kerana terlalu hensem. HAHAHAH

2. Mak abg pesan "nakk,jangan nenakal kt luar. media maya ni sume duniawi". kau nampak? abg ni kategori anak soleh. Dengau ckp makpak. Hashtag #KauAdo

3. kang kalau tepek gambau penuh sidebar, penat lak abg nak melayan korang sorang2 dek kerana keramahan abg yg kadang tahap dewa2. Abg,abg kan..abg memang tak bole ramah sgt. kang ulat bulu naik seluau.

4. Sebagai Stalker berjaya dan juga Superman,abg tak bole menonjol sgt. nanti mengamuk ahli persatuan Superhero sedunia. so kena la ada dua identiti ye dak? baru nampak mystery n powerful. Gituh! 

5. Dedulu abg buat blog ni tahun 2008 tak silap. tapi 2011 baru nak beramas mesra. Tujuan blogging sbb abg nak skodeng ex gf abg je..DULU je ok. pasal tu rahsia identiti. HAHAHA. Suwit kann.. ;D maceh.

6. Bila misteri ni kita pergi mana2 pun rasa selamat. sebab? IRL abg bukan la ramah mana pun T_T Jadi..bagi merealisasikannya, dalam blog je la abg bole ramah sampai terlentang. Ini la tempatnya nk carut sume kn.

7. Bila ada dunia lain yg mana tak ramai yg kenal abg IRL, abg takde la rasa bosan sgt. Yela..kau tak bosan ke asyik jumpa org yg sama yg kau kenal? :/ bosan dowh. nak cite benda dlm seluar pun segan,kang kena bahan kt luau T_T

8. Pesen abg memang tak suka melepak2 ni. Kalau org kenal abg, nanti kang pergi memana mesti terjumpa sesape pastu terpaksa lepak jp demi menjaga hati. *bajet fofuler* HAHAH

9. Nama pun abg rahsiakn. Sebab kecomelan melampau,abg tak nak menunjuk sgt. sila muntah.lgpn ikut konsep,blog tempat menulis. nak show off muka tepek kt insetegerem

10. Kt blog abg peramah,miang sesikit HAHA,dan paling penting tak tahu malu sgt. sedangkn abg Vise Versa. at least keterunaan blog abg ni masih terjaga dari dicabuli korg yg kenal abg kt luar.

11. Bagi mengelakkn korang loya tetiba atau merembes tak sengaja sbb tengok abg, jadi ada baiknya abg sesenyap je. kang da biasa selfie,gian pulak. korang pun naik muak. lepastu korang tak nk baca blog abg lg,lepastu korg takde dtg lagi,lepastu korg lupakan abg. lepastu abg pun sedih nk arwah. lepastu abg pun ghaib dek arus masa. lepastu no more abg stalker. 

lepastu bye! terima kasih baca. :)

Saturday, March 15, 2014

TIPS UNTUK LULUS INTERVIEW

Assalamualaikum.

Lama gila abg tak bagi tips kelaut. Hari ni mood agak baik so abg nak kongsi tips macam mana nak lulus interview. maknanya korang dpt la keje tu. dont worry,b happy..tips kali ni abg cedok segau so bole pakai punya. hehe

1. Kumpul info
- Jangan gelojoh main terjah je nk interview. even kau nk pergi interview penjaga zoo,kau kena tahu zoo apa,binatang mende ada dlm tu. ini contoh la..maknanya kau cari la info sesikit pasal company tu,yg pepenting je.

2.Yakin
- ini simple. memula sekali kau kena yakin. jangan takut dgn dunia luar. pasal abg tahu bebudak skrg biasa 'mkn bersuap'. Before prg tu list kekuatan or kelebihan diri kau. come on la..tak akan takde -.- paling bangsat pun kau cakap la kau pro dlm networking. *fb leteww* lol

3.Mutu,gaya,keunggulan
- Org kata biau muka tak cun,tapi perangai tu lawa.pakai kemas2,rambut trim,kalau panjang ikat tocang ulau,baju iron tetajam,kasut pun kasi bersih. oh satu lg,jgn lupa gosok gigi. muka da hensem tp gigi kuning berkati2 tak guna jgk. buka mulut bau sampah kang pengsan interviewer :)) Satu lagi,pakai jgn nk hibster sgt.

4. Intro yg menarik
- kau buat intro diri,family dgn education kau atas kertas. guna google translator tu susun ayat. kau jgn lak menghafal. just untuk meyakinkn..kang takde le asyik aaaaa...errr...umm...tak habis2. -.- yela,company skrg ni cikai2 pun nk omputih. diorg cuba try test kepoweran bi kita. limit intro 5minit je max ok le tu. 

5. Jujur 
- Jangan nak kencing le semua benda kita bole jawab..hehe. akn ada soalan yg kita ter eeerrr...aaa..punya. so ni tips abg bagi,korg tak payah duk pikiaq sampai hanguih. kau kata je tak tahu. FULLSTOP. kalau  nk jawab tp ragu2, silakan jawab tapi jgn goreng lelebih kalau tak pasti. ada company jenis bagi exam atas kertas,cm drawing ke..soalan bebodo tu. IF tak tahu,kata je tak reti dan minta dia ajar. 

6. Tunjuk rasa minat
- Tak kesah le kau rendah diri mcm mana pun,bila interviewer membebel,kau tunjuk mcm berminat. ala..berlakon la sikit. bebuat angguk sikit,'hm' ke..dgn muka manis,mata fokus seolah2 kau tengok muka pakwe makwe kau. padahal tak faham sepatah haram. :D 

7. Buat Soalan
- ini 90% company buat. sebelum diorg suruh kita berambus,diorg akan tanya 'any question?' jangan kata NO! kt sini la diorg nak tgk kau minat ke tak keje dgn diorg. So,kt rumah korg buat 2,3soalan pasal company diorg. contoh: prospek company atau benefit keje dgn company diorg. kalau diorg tak tanya pun,demi untuk nampak bergaya sikit korg tetap kena aju soalan tau!

8. Kata2 akhir
- sebelum kau blah,pastikan kau buat ayat yg terkesan kt hati dia. contoh: kau ni fast learner, bole keje under pressure, sanggup belajar benda baru, dannnn...kau harap kau ada peluang keje dgn dia pastu bodek sesikit konon company dia bole pergi jauh so kau bole nampak masa depan cerah la *muntah*.

9. Thank You
- nampak mudah kn? kau jgn tak percaya, ramai yg lupa nk ckp TQ sbb da ketau sgt pale lutut. kepala ingat nak pecut cepat je. percaya la ckp abiang kau ni ha..even kau bukan the best pun,kalau ucap terima kasih dapat lembutkan hati org. so possibility nk dapat keje tu cerah sikit la. kalau sesama jantina,salam la. kalau tak,senyum sudeh.

10. Jangan tanya gaji atau demanding
- ewah..bagi peha nak ehem2. kalau dia tak tanya gaji,kau jgn pepandai nk tanya walaupun org tu sporting nk arwah. melainkn ditanya,bagi le jumlah yg berpada. ni sume kena cari info jgk tau pasal gred gaji. takde la penjaga zoo tp mintak gaji engineer.kekwat sgt hampa ni taw! :3

sekian sahaja  tips dari abg stalker versi 2014 yg sedikit matang. hehehe :D


 

Copyright © 2013 | AbangStalker | Design by Cik Bulat