Selamat Datang di Zon Kaki Skodeng.Selamat Menyekodeng :)

Friday, April 1, 2011

Kisah Benar: Gagahnya seorg lelaki III



Pada mulanya dia hanya la teman di alam maya aku.Biasa la..aku bukannya reti melayan seorang gadis.Setakat kt muka buku,alam cyber ni boleh la sikit2.Realitinya aku seorang yang kayu!ya..kayu.Bunyi yang menyakitkan hati kalau dengar dari mulut orang lain.Tapi aku sendiri mengakuinya.Aku bukan la seorang yang murah senyuman untuk seseorang yang tak aku kenali.Sekadar senyum kambing atau hamster mungkin la.Itu pun ikut mood.Tapi dengan sahabat yang mengenali,senyuman aku seperti hujan yang tak ada redanya,tersengih macam kerang wangi.


Aku selalu tegur dia di inbox.Memandangkan masa tu dia tgh cuti semester,ada la banyak masa dia tuk fb yang membosankan tu.Perkara yang kami borak adalah tentang pelajaran,pengalaman kerja aku memandangkan dia masih menuntut di menara gading,dan juga serba sedikit latar belakang kami.Saban hari kami melayan antara satu sama lain.Aku tak muak pula dengan dia.Malah aku rasa dia la wanita yang sesuai untuk aku jadikan teman hidup.Umur aku bukan la muda sangat,aku tak ada masa untuk cinta monyet lagi.Kalau dah jumpa yang sesuai,nak je aku tambat jadi isteri aku yang sah.Cantik?boleh la..tapi di mata aku masa tu masih lagi ada si kekasih.

Dia aku gelarnya 'gadis gagah'.Tak la sangat menarik tentang dia,cuma apa yang buat aku tertawan mungkin pada perwatakan dan penulisan dia.Cara dia mengolah ayat jawab segala pertanyaan aku seperti seorang yang matang.Umur bukan sebaya.Dia muda 4tahun.Kami belum pernah bertemu.Cuma berkawan diatas talian sehingga la saat ni.Tapi hubungan hati tak pernah kira tu semua.Aku pula seorang yang penyayang,cpt je sayangkan orang.Kerana asyik dengan dia,aku dapat melupakan sedikit demi sedikit penderitaan yang aku alami bersama kekasih hati aku.Bukan melupakan,tak..aku bukan kacang lupakan kulit,bukan juga buaya darat,lelaki berhidung belang.Aku cuma seorang lelaki yang ingin dicintai dan mencintai.Adat dunia,patah tumbuh hilang berganti.Aku masih menyintai si kekasih,cuma dalam hati aku kini punyai dua pemilik.Kisah hidup aku yang pilu tu aku kongsikan bersama si dia yang baru aku kenali.Dia simpati dengan nasib aku.Berpendapat untuk bantu aku melupakan kisah hitam,dia layan aku baik dan ambil berat tentang aku.Hubungan aku dengan dia pun bukan di facebook je.Kami selalu msj dan call.

Kekasih lama mula dilupakan..aku mula memikirkan si dia,gadis gagah yang aku kenali.Si kekasih aku biarkan mencari arah sendiri.Aku abaikan dia tak bererti aku tak sayang lagi,tapi aku nak dia biasakan diri supaya bila da bersuami nanti tak la gilakan aku.Mampus kena santet dengan suami dia nanti.Gaduh sebab perempuan bukan cara aku.Sebelum ni pun aku da dikecewakan,5 tahun menyemai cinta,3 tahun menanggung derita.

Bersambung..(tiada persoalan mengapa,bagaimana dan apakah.sbb ni roughly je ^^)

27 comments:

aimi said...

terbaik :)

Bella Bell said...

saya kenal siapa dia... :)

Umie Artoqiemie said...

perghh ohsemm.

Fara E's said...

sambung la cepat !

muhamad hanif said...

Err,

abang. jangan kata kau ada masalah cinta ?


uhuhuhuh.

EyqaLuvender said...

abang!
smbg lg ke???
ble nk abes compilation kisah bnr abg neyh?
cptla abeskn,t iqa da blk umah pyh da nk on9...uhuk3...

anamizu said...

abg stalker cepatla continue :)




cik ana.

EyqaLuvender said...

lpe nk ckp,abg kalo jd penulis novel kompem laris t'jual novel2 abg tuh.
pastu tepek sekeping gmbr kacak kt blkg,b'duyun-duyun ank dara pakat bli... *kecuali iqa sbb iqa..err...no komen.

Jue said...

Complicated sungguh hubungan nih. Pe lg yg akn blaku pasni

*Mn de amik mc tipu2 >_<

dill said...

dill doakan kamu menemui kebahagiaan yang dicari.

usah gusar. Allah akan pertemukan kamu dengan si dia yang terbaik buatmu.

dill.

dill said...

*saye tak pasti komen saye sblm ni sempat save @ tak. laptop tetibe terpadam.

saye sentiase doakan kebahagiaan awak. semoga awak temui kebahagiaan yang dicari. Allah sayangkan awak. Dia berikan awak pelbagai ujian. Dia jua akan berikan seseorang yang terbaik untuk awak ^^

dill.

adwafarahin said...

kasihuku berubah la nieh kan?

*abg,abg x slh tuliskan yg membe abg beli 16 pasang baju? bkn 6?
klu die beli 16 pasang kasut 2 psng n lain2 brng total up sume 100 mmg adwa lg jelesssss!!! hehe

Wanie said...

tertanya2 siapa si gadis gagah itu :)
kat FB ye abg..kalau stalk jumpe tak orgnye..lalala <-- just kidding

kalau dah ngam 2gu ape lagi, masukla meminang :) syarat abg dh cukup tu..hehe

nurul nabila bt medan said...

lagi2 ?
hehe

Cik Purple Pinkypuff said...

ini bukan kisah benar kan?? :) hihhihhii.. bz body.. :P

tikin said...

terbaik a cite ni..besst!! ehehe
alaa..t da blik kolej xley bce da smbungan cite ni..hukhuk..

farah hanim said...

cpt la smbg
hehe

[sutera kasih] said...

pandai pilih lagu, sesuai bila baca cerpen2 ni :)

hmmm..deritanya si lelaki tu kan. harap dia tabah menghadapi dugaan..semoga berjumpa dengan jodohnya utk mengubati luka lara.

tp org kata, masa tgh sakit kecewa, kalau bejumpa dgn org yg boleh mgnhilangkannya, pasti hanya sementara..ekk?

saya rasa betul..

Asyila Zainuddin said...

cinte tu complicated kan? tak suke betul..

MAISHARAH said...

satu senyuman ikhlas dari sy...:):)

teruskan menulis dan mengolah sesuatu yg baik..sesungguhnya..olahan dari pengalaman mahupon cerita hati..lebih sedap didengari malah lebih utuh untuk dipahami pembaca...

cinta...dan jodoh...bukan semua orang mudah untuk smpai dengan jodoh itu,bukan semua orang senang untuk menerima jodohnya..bukan semua orang cepat dpt jodohnya...malah ade juga manusia ciptaan tuhan ini...diduga dengan pelbagai dugaan terlebih dahulu untuk smpai ke jodohnya itu,berliku-liku jalan yg terbentang di depan die

...sesungguhnya tuhan maha mengetahui...mungkin setiap apa yg diduganya,setiap apa cabaran yg Dia berikan..mungkin ada hikmah disebaliknya..itulah yg selalu sy fikirkan...terus sabar dalam meniti hidup....pasti ade yg terbaik untuk suatu hari nanti...


p/s: kalau lah sy gadis gagah tu..huhuu!!!! tp sy x gagah hahaa...:P:P

IEQAH said...

complicated true story ni.. #true laa sgt yee..

Tea Dno said...

rasa terseksa jiwa raga baca..huhu..org yang menghadapinya lagi laa kan..huhuhu..

✿Dear Yayah✿ said...

smbung cepat abg uihh! heheh

ifnirsweet said...

sambil baca cerita lelaki gagah,sambil dengar lagu slow..sedih dan sayu je rasanya...xsabar tunggu next next..

~SaL IjOu~ said...

Bukan Allah x tau deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tp mungkin itulah yg DIA mahu kerana DIA tahu, hati yg sebeginilah selalunya lebih lunak & lebih mudah untuk dekat dgn-Nya~

cipUtchiaPp said...

nape emy mcm nak laki ni ade hepi ending ngan sang kekasih..?bkn dgn gadis gagah..hmmm :(

[farah alias] said...

teringin nak kenal siapa gadis gagah tu :)

 

Copyright © 2013 | AbangStalker | Design by Cik Bulat