Selamat Datang di Zon Kaki Skodeng.Selamat Menyekodeng :)

Tuesday, April 5, 2011

Kisah Benar: Gagahnya seorg lelaki IV




Hm..gadis gagah.Dalam hidup manusia normal ada 24jam,tapi aku terlebih sejam.25jam aku teringatkan dia.Dunia aku yang gelap dirasakan bercahaya macam malam raya,punya bersemangat hari2 aku.Tapi orang kata yang indah tak selamanya kekal.Ya..yang dimaksudkan tu adalah hidup aku.Setelah beberapa bulan,baru la aku tahu dia da dimiliki.Menyesal..sepatutnya aku tak perlu mencuba lagi untuk jatuh hati.Sekarang kan da mendapat..aku juga yang rasa sakit.Memang semuanya salah aku.Dia anggap aku kawan,aku je melebih.ok,cukup la bercerita tentang dia.Kami sekadar kawan.Tak salah rasanya untuk berkawan asalkan tahu batasnya.Cuma aku la yang hipokrit.Berlagak tenang,dengar dari suara macam ceria.Tapi.....tuhan je yang tahu. :)

Hati aku berbelah bahagi.Saat aku keseorangan,aku merindukan kekasih hati yang mana akan dinikahkan dengan lelaki lain..pedih,terhiris,luka aku kembali berdarah.Aku cuba melelapkan mata,harap2 kenangan bersamanya akan turut lelap.Sedang aku mamai,sudah..muncul pula wajah si gadis gagah.Fuhh~apa la ngeri sangat hidup aku ni.Dalam jaga ada si kekasih,tidur pula ada si gagah.Tak cukup dengan itu hidup aku sering dikelilingi perempuan2 yang ntah mana munculnya.Betul2 perigi cari timba la!Aku bukan la hot sangat kalau nak dibandingkan dengan Aaron Ajis,Pijo Omar tu.Aku adalah aku.Seorang jejaka yang susah betul nak gapai keindahan dunia percintaan.Soal hati aku ketepikan.Aku fokus mencari nafkah,aku rasa itu lebih penting.Duit untuk menanggung kos rawatan aku sendiri.

"Dicintai lebih baik dari menyintai"

Owh ok..memang tak dinafikan.Tapi pada aku love is unconditional,relationships are not.Tukar topik baru.Aku blogger boy,ada blog yang tak berapa nak cantik dan juga tak berkualiti.Disebabkan sibuk dengan alam nyata,aku kurang masa tinjau teman2 maya.Allah menguji aku lagi..Layanan aku tetap sama untuk semua rakan2 maya.Aku tak mudah jatuh cinta dengan rupa paras seseorang.Tapi sekali lagi aku tumpas dengan penulisan.Bab mengolah ayat,penceritaan dia buat aku ingin lagi dan lagi untuk baca cerita seterusnya.Kerja gila yang aku buat..2 malam tak tidur semata-mata nak habiskan 300 lebih  entri2 dia.Dari A sampai la Q boleh dikatakan aku da mula memahami sedikit sebanyak tentangnya.Yang paling ketara dia seorang yang sangat menyayangi keluarga.Ciri2 seorang isteri bagi aku.

Hari ketiga aku beranikan diri,mengaku perasaan pada dia.Bukan la cinta.Tapi perasaan suka.Aku suka membaca hasil penulisannya,suka melihat dia bersama keluarga tersayang dan sesekali aku juga nak rasa perasaan tu.Suka boleh menjadi sayang,dan sayang boleh bertukar cinta.Jawapan yang aku dapat dari dia sangat..

bersambung..

Friday, April 1, 2011

Kisah Benar: Gagahnya seorg lelaki III



Pada mulanya dia hanya la teman di alam maya aku.Biasa la..aku bukannya reti melayan seorang gadis.Setakat kt muka buku,alam cyber ni boleh la sikit2.Realitinya aku seorang yang kayu!ya..kayu.Bunyi yang menyakitkan hati kalau dengar dari mulut orang lain.Tapi aku sendiri mengakuinya.Aku bukan la seorang yang murah senyuman untuk seseorang yang tak aku kenali.Sekadar senyum kambing atau hamster mungkin la.Itu pun ikut mood.Tapi dengan sahabat yang mengenali,senyuman aku seperti hujan yang tak ada redanya,tersengih macam kerang wangi.


Aku selalu tegur dia di inbox.Memandangkan masa tu dia tgh cuti semester,ada la banyak masa dia tuk fb yang membosankan tu.Perkara yang kami borak adalah tentang pelajaran,pengalaman kerja aku memandangkan dia masih menuntut di menara gading,dan juga serba sedikit latar belakang kami.Saban hari kami melayan antara satu sama lain.Aku tak muak pula dengan dia.Malah aku rasa dia la wanita yang sesuai untuk aku jadikan teman hidup.Umur aku bukan la muda sangat,aku tak ada masa untuk cinta monyet lagi.Kalau dah jumpa yang sesuai,nak je aku tambat jadi isteri aku yang sah.Cantik?boleh la..tapi di mata aku masa tu masih lagi ada si kekasih.

Dia aku gelarnya 'gadis gagah'.Tak la sangat menarik tentang dia,cuma apa yang buat aku tertawan mungkin pada perwatakan dan penulisan dia.Cara dia mengolah ayat jawab segala pertanyaan aku seperti seorang yang matang.Umur bukan sebaya.Dia muda 4tahun.Kami belum pernah bertemu.Cuma berkawan diatas talian sehingga la saat ni.Tapi hubungan hati tak pernah kira tu semua.Aku pula seorang yang penyayang,cpt je sayangkan orang.Kerana asyik dengan dia,aku dapat melupakan sedikit demi sedikit penderitaan yang aku alami bersama kekasih hati aku.Bukan melupakan,tak..aku bukan kacang lupakan kulit,bukan juga buaya darat,lelaki berhidung belang.Aku cuma seorang lelaki yang ingin dicintai dan mencintai.Adat dunia,patah tumbuh hilang berganti.Aku masih menyintai si kekasih,cuma dalam hati aku kini punyai dua pemilik.Kisah hidup aku yang pilu tu aku kongsikan bersama si dia yang baru aku kenali.Dia simpati dengan nasib aku.Berpendapat untuk bantu aku melupakan kisah hitam,dia layan aku baik dan ambil berat tentang aku.Hubungan aku dengan dia pun bukan di facebook je.Kami selalu msj dan call.

Kekasih lama mula dilupakan..aku mula memikirkan si dia,gadis gagah yang aku kenali.Si kekasih aku biarkan mencari arah sendiri.Aku abaikan dia tak bererti aku tak sayang lagi,tapi aku nak dia biasakan diri supaya bila da bersuami nanti tak la gilakan aku.Mampus kena santet dengan suami dia nanti.Gaduh sebab perempuan bukan cara aku.Sebelum ni pun aku da dikecewakan,5 tahun menyemai cinta,3 tahun menanggung derita.

Bersambung..(tiada persoalan mengapa,bagaimana dan apakah.sbb ni roughly je ^^)
 

Copyright © 2013 | AbangStalker | Design by Cik Bulat